1.0 Pengenalan
Usahawan-usahawan
memainkan peranan yang penting dalam ekonomi sesebuah negara. Keusahawanan
adalah tentang mencipta sesuatu yang tidak pernah wujud atau dalam erti kata
lain iaitu membuat sesuatu daripada kosong. Mereka memerlukan kecekapan,
kreatif dan inovatif untuk membangunkan perniagaan mereka dan juga ekonomi
negara. Usahawan perlu mempunyai kualiti peribadi tertentu dan kemahiran
keusahawanan untuk memulakan, menguruskan, membangunkan dan mengembangkan
perniagaan dan organisasi mereka. Di samping itu, ada banyak faktor yang
mungkin memberi kesan kepada pembangunan perniagaan. Antara faktor-faktor yang
sedia ada, faktor yang paling penting adalah kemahiran keusahawanan dan kualiti
peribadi usahawan. Oleh itu, faktor ini akan dibincangkan dan kajian untuk
memastikan kemahiran yang tepat untuk perniagaan yang betul. Berikut-berikut
merupakan ciri-ciri yang dimiliki oleh seseorang usahawan.
1.1 Integrity and
Reliability (Integriti dan
kebolehpercayaan)
Seseorang usahawan yang
mempunyai integriti bermakna melakukan perkara yang betul dengan cara yang
boleh dipercayai. Ia adalah satu sifat keperibadian yang kita kagumi, kerana ia
bermakna seseorang mempunyai kompas moral yang tidak ragu-ragu. Intergriti
bermakna konsisten antara tindakan, nilai, kaedah, langkah dan prinsip
seseorang. Kebolehpercayaan bermaksud keupayaan seseorang atau sistem untuk
melaksanakan dan mengekalkan fungsinya dalam keadaan rutin, serta keadaan
bermusuhan atau yang tidak dijangka.
Contohnya, usahawan muda yang kini bergelar jutawan iaitu
pengasas D’herbs dengan tanda dagangannya adalah Terlajak Laris iaitu Dato’
Aliff Syukri yang kini produk kosmetiknya terkenal di seluruh pelusuk tanah
air. Beliau menghadapi pelbagai cabaran sebelum berjaya namun kesabaran dan
kepercayaan terhadap dirinya yang tinggi sehingga beliau berjaya menangani
semua risiko. Dengan berbekalkan azam yang kuat, beliau berniaga dengan cara
apa sekali pun. Bermula dari menjual kepada kawan-kawan di pejabat. Kemudian,
beliau membuka gerai di pasar tani setiap minggu. Kadang-kadang, pada hari
sabtu dan ahad, beliau juga akan berniaga di Pasar Tani Seksyen 13, Kelana Jaya
& Sri Andalas.
Empat produk utama iaitu Bedak Asas,
Produk pelansingan, Minuman Kesihatan Wanita dan Lipstick Rawatan Bibir. Kini,
dengan ciri-ciri Integriti dan kebolehpercayaan yang dimiliki
oleh Dato’ Aliff Syukri, beliau telah mengorak
langkah maju setapak kehadapan dengan menghasilkan hampir 90 rangkaian produk
baru dengan seramai 35 orang kakitangan yang membantu melancarkan perjalanan
syarikat. Bermula dengan hanya beroperasi di tingkat dua, beliau dan pekerjanya
telah berpindah di lot kedai bawah dan telah menyewa dua lot kedai bagi
melancarkan urusan perniagaan dan memudahkan semua rakan niaga berurusan. Kini
D'Herbs telah menjadi satu jenama yang semakin mendapat tempat di hati pengguna
samada di Malaysia, Singapura dan Brunei. kami juga berazam untuk menjadi salah
satu jenama kosmetik yang terkenal di Malaysia serta negara-negara jiran. Hal
ini telah menunjukkan Dato’ Aliff Syukri yang mempunyai integriti iaitu
melakukan perkara yang betul dengan cara yang boleh dipercayai dan
mengembangkan produknya ke luar negara.
1.2 Initiative (Inisiatif)
Inisiatif membawa
erti daya usaha atau gerak pertama. Di samping itu, inisiatif juga boleh
dikaitkan dengan kebolehan untuk melihat apa-apa yang perlu dilakukan dan
berusaha pula untuk menjayakannya. Golongan ini sanggup
meletakkan diri dengan mencari dan mengambil inisiatif. Mereka dilihat sebagai
orang yang bertanggungjawab di dalam sesuatu operasi dengan tidak mengambil
kira sama ada berjaya atau gagal. Usahawan adalah seorang yang bertanggungjawab
terhadap apa yang akan berlaku. Mereka mengambil inisiatif untuk menyelesaikan
masalah di mana tidak ada pemimpin lain yang sanggup mengambilnya.
Contohnya usahawan ialah Tan Sri Lim Goh Tong. Tan Sri Lim Goh Tong dilahirkan pada
tahun 1918 di daerah Anxi, wilayah Fujian,China. Lim datang ke Malaysia pada
ketika umurnya 19 dengan hanya RM175 dan bekerja sebagai tukang rumah dengan
pak ciknya. Lim Goh Tong mempunyai inisiatif terhadap membina Genting Highlands
iaitu idea membina sebuah resort puncak bukit mula-mula
diilhamkan apabila Lim Goh Tong mengambil makan malam di Cameron Highlands. Seperti yang beliau
menikmati angin menenangkan sejuk di Cameron
Highlands, idea pun menumbuknya lalu sebagai taraf hidup meningkat secara
berterusan di Malaysia, semakin ramai orang akan melawat pusat peranginan
gunung untuk bersantai dan rekreasi, tetapi Cameron Highlands adalah terlalu
jauh dari ibu kota Kuala Lumpur. Oleh itu, membina sebuah resort gunung
yang dekat ke Kuala Lumpur akan mempunyai potensi perniagaan yang besar.
Jadi beliau telah melancarkan idea
ini dengan membina Genting Highland di
puncak bukit. Selain itu, Lim Goh Tong juga meningkatkan lagi daya tarikan kemudahan dengan Genting Skyway sistem kereta kabel yang
menyediakan pengangkutan 3,38 km ke puncak
bukit. Skyway Genting juga diiktiraf
sebagai "Mono Dunia Terpantas Kereta Sistem kabel" dengan
kelajuan maksimum sebanyak
21.6 km sejam dan "Kereta kabel Terpanjang di
Malaysia. Hal ini telah menunjukkan Tan Sri Lim Goh Tong merupakan orang yang
pertama mempunyai idea untuk membina Genting Highland di puncak bukit dan beliau mempunyai ciri inisiatif untuk melancarkan idea ini dengan membina kereta kabel di Genting
Highland untuk menarik pelancong-pelancong.
1.3 Versatility (Versatiliti)
Versatiliti
menggambarkan mempunyai banyak kemahiran atau kualiti yang berbeza. Serba boleh
membolehkan seseorang untuk menyesuaikan diri dengan situasi yang berbeza.
Contoh tokoh ialah Bill Gates. Microsoft telah menyediakan penyelesaian berasaskan IT di seluruh
dunia selama lebih 40 tahun hari ini. Apa yang bermula dengan Bill Gates dan
Paul Allen sebagai idea penubuhan pengaturcaraan perisian bahasa untuk
mikrokomputer, Microsoft. Kini,
adalah salah satu daripada berbilion-syarikat terkemuka yang pakar dalam
pelbagai teknologi komputer, yang terdiri daripada perisian, sistem operasi,
perkakasan dan lain peralatan komputer.
Versatiliti seperti dari segi menyediakan penyelesaian
yang telah menjadikan rakan kongsi mereka tidak ternilai dengan Pejabat Dost-ICT dalam membantu penubuhan
komunikasi antara menyelamat, dan bantuan pekerja semasa musibah yang melanda
Tacloban lepas 2013. Mereka juga membantu dalam memanfaatkan TV White Space (TVWS) teknologi sebagai
satu cara untuk menyediakan infrastruktur dengan kos yang cekap iaitu
memberikan keupayaan untuk mengakses dan menyambung akses Internet untuk rakyat
di Tubigon, Bohol, dan juga membantu dengan pendaftaran dalam talian daripada
nelayan di Talibon, Bohol. Perisian mereka sering dinamakan mudah difahami;
yang sama juga dengan perkakasan mereka. Hal ini adalah disebabkan oleh reka
bentuk plug-and-play mereka di mana
sistem operasi dan perkakasan daripada komputer mudah difahami yang membawa
kepada pengguna untuk mengalami sambungan segera.
Dalam pejabat Dost-ICT
melalui pelbagai projek-projek mereka seperti internet percuma yang tidak lama
lagi akan dilancarkan untuk tempat awam dan TVWS Projek, bertujuan untuk
memohon serba boleh yang sama apabila ia datang untuk menyediakan cepat, boleh
dipercayai, dan sambungan yang tepat pada masanya dan komunikasi antara rakyat,
perniagaan, dan badan-badan kerajaan di seluruh negara. Hal ini telah
menunjukkan bill gates mempunyai ciri versatiliti iaitu mempunyai banyak
kemahiran atau kualiti yang berbeza dan dapat menyesuaikan diri dengan situasi
yang berbeza.
1.4 Decisive (Ketegasan)
Usahawan yang tegas adalah
mempunyai atau menunjukkan keupayaan untuk membuat keputusan dengan cepat dan
berkesan. Ketegasan ialah kepercayaan bahawa dirinya boleh mengendalikan
kehidupannya dengan baik serta segala cabaran yang dihadapi dengan jaya.
Contoh tokoh ialah Tan Sri SM Nasaruddin SM Amin. Sikap
ketegasan beliau dapat dilihat melalui tindak tanduk beliau di dalam
menyuarakan pendapat atau idea kepada orang secara langsung dan berani
bertindak walaupun terpaksa menghadapi tentangan dari pihak lain. Di mana
beliau pernah terlibat dalam kontroversi permit import pada tahun 2005, apabila
bergelar "Raja AP". Terdapat dakwaan bahawa beliau dan tiga orang
usahawan terpenting yang lain sedang memonopoli penghasilan permit import yang dikeluarkan
oleh kerajaan kepada pengusaha bumiputera untuk mengimport kereta. Pihak
kerajaan didakwa mengeluarkan berpuluh ribu helai kertas dokumen import
kenderaan kepada beliau secara percuma setiap tahun yang dijual dengan harga
AS$8,500 setiap satu. Kontroversi ini dihangatkan di Parlimen dan Perhimpunan
Agung UMNO. Sifat ketegasan beliau menghadapi kontroversi menyuarakan pendapat
telah membawa kata sepakat di mana kabinet Malaysia menghentikan sistem permit
import untuk mengusahakan suatu dasar automobil baru.
1.5 Time Competence (Kemahiran masa)
Contoh usahawan yang memiliki
ciri kemahiran masa adalah Datuk Jimmy Choo. Datuk Jimmy Choo adalah satu nama
yang tidak asing lagi di seluruh dunia Nama Jimmy Choo adalah sinonim dengan
rekaan produk beliau yang eksklusif dan bergaya. Beliau lebih dikenali oleh
orang ramai disebabkan oleh kecemerlangan dan kejayaan beliau dalam menjalankan
perniagaannya iaitu perniagaan kasut.
Beliau bukan sahaja seorang pereka kasut tetapi juga
seorang tukang membuat kasut yang mahir dan pakar dalam menghasilkan hasil
seninya. Beliau mempunyai ciri time
competence. Hal ini demikian kerana beliau telah menggunakan masanya dengan
cekap bagi memajukan perniagaanya. Contohnya pada tahun 1986, Jimmy Choo
memulai kariernya sebagai pembuat sepatu dengan menyewa sebuah rumah usang yang
sudah tidak terpakai kerana keunikan rekaannya, beliau memanfaatkan keseluruhan
masa yang diperolehi dengan merebut peluang yang sedia ada, walaupun pada mula
perniagaannya prestasi syarikatnya masih tidak dapat mengembangkan.
Bersama-sama, Choo dan Mellon cepat berkembang
perniagaan, mengekalkan tumpuan kepada mewujudkan kasut mewah, tetapi tidak
lagi bergantung pada ideanya bahawa setiap pasangan tunggal terpaksa dibuat
oleh Choo dirinya. Mereka membuat kontrak dengan kilang-kilang Itali dan
membuka kedai butik pertama di London. Menjelang akhir 1990-an, Choo mempunyai
kedai di Los Angeles dan New York dan barisan memuja selebriti Hollywood yang termasuk Julia Roberts dan Renee Zellweger. Menjelang awal abad ini, nama Choo yang merupakan
jenama global, dengan pelanggan mewah runcit yang termasuk Harrods dan Saks Fifth Avenue
menjalankan Choo kasut. Jenama Choo juga telah diperluas untuk beg tangan dan
aksesori lain. Jimmy Choo telah menyatakan pendapatan dan keuntungan adalah tidak
mencukupi dalam perniagaan. Untuk menjadikan seorang usahawan yang berjaya dan
kaya adalah untuk mewujudkan satu jenama yang terkenal di seluruh dunia. Jadi, Jimmy
Choo telah menggunakan masa dengan cekap untuk menjadikan jenama Choo terkenal
di seluruh dunia pada zaman ini.
1.6 Perceptiveness
Perceptiveness bermaksud "untuk
melihat peluang-peluang." Perseptif adalah perkataan untuk menggambarkan
seseorang yang pandai melihat dan merebut peluang-peluang.
Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary
merupakan seorang ahli perniagaan dan jutawan Melayu yang terkaya. Beliau ialah
Pengerusi Yayasan Albukhary. Pada tahun 2008, beliau diumumkan sebagai tokoh
maal hijrah sambutan Maal Hijrah 1429H peringkat kebangsaan di pusat konvensyen
antarabangsa (PICC). Beliau ialah seorang yang suka berahsia serta pernah
dipilih sebagai Tokoh Melayu Terbilang 2009. Banyak yang diperkatakan mengenai
seorang tycoon bumiputera terkenal di Malaysia iaitu Tan Sri Syed Mokhtar Al
Bukhari. Seiring dengan ciri perceptiveness,Tan
sri Syed Mokhtar al bukhary dilabelkan mempunyai ciri ini kerana dia melihat
sesuatu lebih kehadapan berbanding orang lain. Dalam pelbagai bidang perniagaan
termasuk pengangkutan dan logistik, perladangan, pembangunan hartanah,
pertahanan dan gudang senjata serta generasi kejuruteraan dan kuasa, beliau
adalah seorang tokoh simbolik yang memegang falsafah bahawa ‘pendidikan tidak menjamin
kejayaan dalam hidup, tetapi kerja keras’.
Di samping itu, beliau mempunyai
kepentingan dalam beberapa buah firma terkenal Malaysia seperti Malaysia Mining
Corporation Berhad (MMC), PERNAS, Padi beras Nasional Berhad, Malakoff Berhad,
Johor Port Berhad, Impian Teladan Sdn. Bhd, Indra Cita Sdn. Bhd. dan banyak
lagi. MMC telah bergabung dengan Gamuda Berhad dan berjaya mendapatkan projek
landasan keretapi berkembar bernilai RM14.5 billion sebelum ianya dibekukan
oleh kerajaan kerana faktor pemulihan ekonomi. Hal ini telah
menunjukkan beliau dapat melihat peluang serta merebut peluang-peluang yang
sedia ada sebelum projek tersebut dibekukan oleh kerajaan. Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari juga dikatakan telah membeli
kepentingan majoriti dalam Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor.
Tan Sri Syed Mokhtar Al
Bukhari merupakan seorang yang tidak pernah mengenal erti kegagalan dan beliau
sentiasa belajar dari apa juga kesilapan yang dilakukan. Beliau juga merupakan
seorang yang berhati-hati dan menilai peluang-peluang dalam perniagaan
terutamanya soal pembelian dan pengambilalihan kepentingan dalam sesebuah
syarikat dan projek. Beliau seolah-olah memikirkan kepentingan orang ramai
terutamanya bumiputera sebelum membuat apa-apa keputusan penting dalam perniagaan.
Beliau memiliki peribadi unggul yang wajar dicontohi semua pihak.
1.7 Ability to Learn from Mistakes (Keupayaan untuk belajar dari
kesilapan)
Tan Sri Anthony Francis
Fernandes juga dikenali sebagai Tony Fernandes ialah seorang usahawan dari Malaysia.
Beliau merupakan pengasas "Tune Air Sdn Bhd", yang memperkenalkan
penerbangan tambang murah kepada penduduk Malaysia dengan slogannya,
"Semua mampu naik kapal terbang".
Apa yang amat menarik tentang biografi Dato’ Tony ialah
penglibatan beliau sebagai penggerak utama dalam penubuhan dan operasi AirAsia,
syarikat penerbangan tambang murah yang paling berjaya di Asia. Bermula dengan
dua buah kapal terbang Boeing 737
yang usang tatkala masih dimiliki
kerajaan, kini kumpulan Air Asia yang
diterajui Tony Fernandes sejak tahun 2001
telah maju dari setapak ke setapak sehingga kini memiliki 62 buah kapal
terbang dalam perkhidmatan dan 277 buah lagi dalam pesanan. Setelah kesemua
kapal terbang ini beroperasi nanti, ini mungkin menjadikan kumpulan penerbangan
Air Asia sebagai kumpulan penerbangan tambang murah yang terbesar di dunia.
Pada tahun 2011,
AirAsia telah menerbangkan sejumlah 30 juta penumpang dari pelbagai
negara, Jika dilihat dari segi usahawan yang mempunyai ciri-ciri keupayaan
untuk belajar dari kesilapan, haruslah merujuk kepada kemalangan kapal terbang
AirAsia(QZ8501/AWQ8501) yang berlaku pada bulan Disember 2014. Setelah
kemalangan tersebut berlaku, Tony dan ahli-ahli syarikatnya dengan segeranya
menjalankan siasatan dan mengadakan mesyuarat untuk menyiasat punca kemalangan
dan membincangkan tindakan-tindakan yang boleh dijalankan. Selepas berbincang
dengan ahli-ahli syarikat, Tony mengadakan persidangan wartawan untuk
menjelaskan punca kemalangan dan tindakan yang akan diadakan oleh AirAsia untuk
mengelakkan kemalangan yang sama berlaku. Dengan menyerap pengajaran daripada
kemalangan kapal terbang tersebut, AirAsia tidak mengulangi kesalahan yang
sama. Oleh itu, Tony telah menunjukkan nilai keupayaan belajar dari kesilapan.
1.8 Ethical Consciousness (Kesedaran etika)
Kesedaran etika bermaksud usahawan beretika moral dan
menjaga kebajikan. Selain mengutamakan keuntungan juga mengutamakan
tanggungjawab sosial. Kebanyakkan perniaga mengutamakan keuntungan dan
mengabaikan kesedaran etika. Hal ini telah menyebabkan berlakunya pelbagai
jenis pencemaran alam sekitar seperti pencemaran air, .pencemaran udara dan
lain-lain lagi. Selain itu, usahawan yang tidak beretika moral akan menjejaskan
kebajikan pengguna iaitu dengan mengeluarkan atau menjual barangan yang tidak
berkualiti kepada pengguna. Oleh itu, kesedaran etika adalah sangat penting
kepada seseorang usahawan.
Contoh usahawan yang memiliki ciri kesedaran etika
ialah Warren Edward Buffett ialah seorang pelabur, ahli perniagaan dan dermawan berbangsa
Amerika Syarikat. Beliau merupakan seorang pelabur yang berjaya. Selain itu,
beliau ialah pemegang saham terbesar dalam syarikat Berkshire Hathaway. Dengan diberi gelaran "Dewata Omaha"
(Oracle of Omaha) atau
"Pendeta Omaha" (Sage of Omaha), Buffett terkenal kerana berpegang
teguh pada falsafah pelaburan nilai dan sikap berjimat cermat walaupun
kaya-raya. Pada tahun 2007, nama beliau dimasukkan dalam senarai 100 Tokoh Paling Berpengaruh di Dunia oleh majalah TIME. Walaupun beliau telah mendapat keuntungan yang
lumayan daripada pelaburan dan perniagaannya tetapi beliau masih tidak
mengabaikan tanggungjawab sosialnya sebagai seorang usahawan. Hal ini demikian
kerana, beliau telah mendermakan kira-kira 85% kekayaannya untuk menjalankan
kegiatan kebajikan masyarakat.
Contohnya, pada bulan Jun 2006, Buffett membuat pengumuman bahawa dia akan
memberikan seluruh kekayaannya diri untuk amal, melakukan 85 peratus daripada
jumlah itu kepada Bill dan Melinda Gates
Foundation. Sumbangan ini menjadi perbuatan yang terbesar pemberian amal
dalam sejarah Amerika Syarikat. Perlakuan ini patut dicontohi oleh
usahawan-usahawan lain dengan menjalankan tanggungjawab sosial sebagai seorang
usahawan. Oleh itu, dikatakan bahawa Warren mempunyai nilai kesedaran etika.
1.9 Foresight (Berpandangan jauh)
Berpandangan jauh
bermaksud usahawan tertentu mempunyai kebolehan untuk melihat lebih jauh dan bertindak
lebih cepat daripada orang lain ataupun dapat menjangka keadaan syarikat atau
pasaran pada masa hadapan dengan tepat. Berpandangan jauh adalah perkara utama
yang perlu ada pada setiap usahawan untuk memperolehi kelebihan persaingan di
dalam pelaburan mereka.
Sebagai contoh,
Tony Fernandes merupakan usahawan yang pandai dalam berpandangan jauh kerana
beliau mencipta suatu pakej penerbangan yang mampu dinaiki oleh semua orang
iaitu penerbangan tambang murah. Mungkin orang lain tidak terfikir hal ini,
namun dengan berpandangan jauh dan pemerhatian beliau menjadikan beliau berjaya
sehingga kini. Ciri berpandangan jauh ini merupakan aspek yang penting bagi
seseorang usahawan untuk memastikan sesebuah organisasi itu berjaya atau tidak.
Misalnya, Masa hadapan sesuatu perniagaan bergantung kepada keupayaan mereka
untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang baru. Sesebuah organisasi
tidak boleh menunggu permintaan daripada pengguna organisasi dan organisasi
tersebut haruslah boleh mengeluarkan sesuatu yang unik untuk para pelanggannya.
Contohnya, Tony Fernandes juga melabur di Tune
Hotel, hal ini kerana disebabkan kebanyakkan orang dapat menaik kapal
terbang AirAsia maka ini bermakna terdapat ramai orang dapat melancong di luar
negara ataupun di dalam negara. Jadi, pelancong-pelancong perlu mencari tempat
penginapan semasa berlancong. Oleh itu, Syarikat AirAsia telah membuat
suatu pakej iaitu tiket penerbangan
bersama dengan tempat penginapan iaitu tune
hotel dengan harga promosi. Hal ini telah menunjukkan, beliau mempunyai
ciri berpandangan yang jauh untuk mengambil peluang membuat pakej ini dan
mendapat keuntungan yang lebih banyak.
2.0 Kesimpulan
Secara kesimpulannya,
semua orang mempunyai hak untuk berjaya dan mereka wajar diberi peluang untuk
mencuba nasib kerana semua manusia itu mempunyai cita-cita. Mereka boleh
menjadikan mana-mana tokoh sebagai inspirasi untuk berjaya. Usaha keras akan
membuahkan hasil dalam setiap pekerjaan yang hendak dilakukan. Sesungguhnya
setiap cita-cita dan impian menagih sepenuh perhatian dan pengorbanan yang
paling tinggi. Selain itu ,terdapat
banyak faktor-faktor yang mendorong individu menjadi usahawan. Usahawan
menpunyai ciri-ciri istimewa yang membezakan usahawan dengan individu yang
bukan usahawan.Di samping itu, terdapat mitos dan persepsi di kalangan
masyarakat kerana kurang kefahaman tentang bidang keusahawanan tetapi kini
masyarakat mula sedar kepentingan keusahawanan .
3.0 Biodata Tuan Haji Mohd Tamin
Tuan
Haji Mohd Tamin adalah pengasas kicap tamin. Cerita mengenai kicap Tamin adalah
bermula pada tahun 1951. Pada tahun 1951, Tuan Haji Mohd Tamin berjaya menemui
ramuan untuk menghasilkan kicap Tamin. Ramuannya adalah termasuk seperti kacang
soya, gandum, tepung dan sebagainya. Pada masa tersebut, dengan modal yang
hanya RM10 serta bantuan ahli keluarganya, beliau telah berjaya menghasilkan
sebanyak 700 botol kicap Tamin sehari secara kecil-kecilan di Batu Gajah,
Perak. Walaupun dengan kapasiti pengeluaran yang kecil tetapi kualiti,
kebersihan serta rasa sos yang tidak diabaikan.
Selepas setahun, kicap Tamin yang
dihasilkan oleh Tuan Haji Mohd Tamin telah merekodkan permintaan yang banyak
berbanding dengan jangkaan. Kicap Tamin ini telah bermula dikenali di kalangan
suri rumah tangga dan komuniti sekitar kampung. Selain itu, golongan muda dari
kampung yang berpindah ke kawasan bandar membawa bersama kicap Tamin dan secara
tidak langsung, perkara ini telah menunjukkan golongan muda telah
memperkenalkan kicap yang enak dan menyelerakan ini kepada penduduk yang
bertinggal di bandar. Selepas itu, disebabkan permintaan kicap Tamin yang semakin meningkat, jadi
untuk memenuhi permintaan produknya, beliau telah mengambil langkah untuk
meningkatkan pengeluarannya sebanyak 3500 botol per hari. Peningkatan kehendak
dan kepopularan kicap Tamin telah mendorong beliau untuk mengembangkan
perniagaannya dengan mendirikan sebuah kilang baru di Enggor, tidak jauh dari
Bandar Diraja negeri Perak iaitu kuala kangsar. Hari ini, kicap Tamin telah
dijual di seluruh Semenanjung Malaysia.
Kini, jenama Tamin telah dikenali
ramai dengan kicap dan sos yang bermutu tinggi. Reputasi ini telah dibina oleh
beliau pada masa ini. Syarikat-syarikat beliau telah melaksanakan pendekatan
yang lebih agresif untuk aktiviti pengiklanan dan promosi. Selain itu, beliau
juga telah menetapkan sasarannya untuk memperkenalkan lebih banyak produk baru
untuk menguasai bahagian pasaran yang lebih besar. Beliau juga membekalkan sos
soya mentah kepada syarikat-syarikat untuk diproses dan dipasarkan di bawah
jenama masing-masing. Walaupun pengeluarannya semakin bertambah tetapi rasa sos
juga tetap sama dengan asli kicap Tamin pada tahun 1951.
3.1 Ciri-ciri Keusahawanan yang dimiliki oleh Tuan Haji Mohd Tamin
3.1.1 Decisive
(Tegas)
Ciri-ciri
yang dimiliki oleh Tuan Haji Mohd Tamin adalah seorang yang decisive. Decisive bermaksud orang yang
membuat pilihan dengan cepat dan berkeyakinan. Sebagai contoh, pada awalnya,
dengan modal yang sebanyak RM10, beliau telah membuat keputusan untuk
menghasilkan sebanyak 700 botol kicap Tamin sehari secara kecil-kecilan di Batu
Gajah, Perak dengan bantuan ahli-ahli keluarganya. Akhirnya, beliau berjaya
dapat menghasilkan sebanyak 700 botol kicap Tamin sehari secara kecil-kecilan
di Batu Gajah, Perak. Hal ini telah menunjukkan Tuan Haji Mohd Tamin adalah
seorang yang decisive. Hal ini
kerana, beliau telah membuat keputusan dengan secepat mungkin untuk
menghasilkan 700 botol kicap Tamin dengan meminta bantuan ahli-ahli keluarganya.
Selain itu, disebabkan permintaan kicap
Tamin semakin meningkat, beliau telah membuat keputusan untuk membuka sebuah
kilang untuk memproseskan pengeluaran kicap Tamin. Dengan pembukaan kilang
tersebut, pengeluaran kicap Tamin telah meningkat daripada 9000 botol kepada 80,000 botol sehari. Di samping itu,
beliau telah mengupah banyak pekerja untuk meningkatkan pemprosesan pengeluaran
kicap Tamin. Jadi, pada masa kini, syarikat beliau telah dikenali oleh orang
ramai dan prestasi syarikat semakin meningkat. Secara ringkasnya, dengan ciri decisive yang dimiliki oleh Tuan Haji
Mohd Tamin telah menjadikan beliau sebagai seorang usahawan yang amat berjaya
sehingga hari ini.
3.1.2 Perceptiveness
Ciri
yang seterusnya dimiliki oleh Tuan Haji Mohd Tamin ialah Perceptiveness. Pada tahun 1951, beliau berjaya menemui ramuan
untuk menghasilkan kicap Tamin. Ramuannya adalah termasuk seperti kacang soya,
gandum, tepung dan sebagainya. Hal ini telah menunjukkan Tuan Haji Mohd Tamin
adalah seorang yang Perceptiveness. Dengan
kegunaan ramuan seperti kacang soya, gandum, tepung dan sebagainya, beliau
telah dapat menghasilkan kicap Tamin yang berjenama sehingga zaman kini dan
menjualnya secara besar-besaran.
Di samping itu, pada tahun 1952,
permintaan terhadap Kicap Tamin melebihi jangkaan. Beliau telah meningkatkan
pengeluaran sebanyak 700 botol sehari. Bukan itu sahaja, beliau juga bermula
untuk merancang membuka sebuah kilang untuk meningkatkan pengeluaran produknya
lagi serta mengupah lebih banyak pekerja untuk meningkatkan produktivitinya.
Semakin banyak pekerja diambil untuk meningkatkan pengeluaran sehingga 9,000
botol sehari. Dengan peningkatan pengeluaran produknya, nama Tamin telah
dikenali oleh orang ramai dengan sos dan kicap yang bermutu tinggi. Reputasi
ini dibina selama kini oleh Tuan Haji Mohd Tamin. Dengan ciri perceptiveness yang dimiliki oleh
beliau, Usaha beliau diteruskan oleh
keluarganya di kedua-dua kilang yang menggunakan teknologi semasa dan
mesin-mesin moden di Perak Darul Ridzuan.
3.1.3 Integrity and reliability (Integriti dan kebolehpercayaan)
Ciri
yang seterusnya dimiliki oleh Tuan Haji Mohd Tamin ialah Integrity and reliability. Hal ini demikian kerana Tuan Haji Mohd
Tamin amat mementingkan kualiti produk yang dikeluarkan oleh syarikatnya.
Walaupun pada masa sekarang, syarikat beliau telah mempelbagaikan produk yang
dikeluarkan dan juga menggunakan mesin yang berteknologi untuk mengeluarkan
produk. Tetapi beliau sentiasa memastikan bahawa rasa Kicap Tamin yang
dikeluarkan adalah sama dengan yang dirasa pada tahun 1951. Oleh itu, produk
yang dikeluarkan oleh syarikat beliau amat dipercayai oleh pengguna. Hal ini
dapat dibukti kepada kami dan didapati bahawa produk beliau mendapat tempat di
hati suri rumah tangga dan warga kampung sekitar. Kesetiaan pengguna kepada
produk beliau juga dapat dilihat melalui sehingga hari ini, ada lagi anak-anak
muda yang bekerja di Kuala Lumpur tetap akan membawa Kicap Tamin sebagai bekal
apabila pulang dari kampung di sekitar Perak. Disebabkan ciri integrity and reliability, pasaran Kicap
Tamin dapat dikembangkan ke luar negara. Oleh itu, ciri ini bukan sahaja
membolehkan beliau mendapat kesetiaan pengguna terhadap produk beliau dan juga
membolehkan beliau mengembangkan pasaran produknya.
3.1.4 Initiative (Inisiatif)
Ciri
yang keempat yang dimiliki oleh Tuan Haji Mohd Tamin ialah ciri Initiative. Ciri ini bermaksud beliau
merupakan seorang yang inisiatif, tidak bergantung kepada nasib ataupun orang
lain, sentiasa bertindak cepat selepas membuat keputusan. Hal ini dapat dilihat
melalui tindakan yang beliau lakukan dari awal hingga sekarang. Pada tahun
1951, beliau membuat keputusan hanya mengeluarkan 700 botal kicap sehari.
Selepas itu, dengan adanya ciri Initiative,
beliau mengembangkan perniagaannya dengan aktif. Keputusannya, selepas satu
tahun permintaan terhadap Kicap Tamin telah meningkat di luar jangkaan. Selepas
pasaran tempatan telah mencapai kestabilan, beliau membuat keputusan untuk
mengembangkan pasaran ke luar negara. Oleh sebab beliau mempunyai ciri
inisiatif ini, walaupun tidak mempunyai dorongan orang lain, beliau masih mampu
berjaya mengembangkan perniagaannya ke luar negara seperti Jepun, United
Kingdom, Arab dan Indonesia. Selain itu, syarikat beliau juga menpelbagaikan
jenis produk yang dikeluarkan dengan inisiatif untuk menarik lebih banyak
pengguna. Oleh itu, ciri Initiative
telah membolehkan beliau mengembangkan perniagaannya.
Ciri
yang seterusnya dimiliki oleh Tuan Haji Mohd Tamin ialah Ethical Consciousness. Ciri ini bermaksud bahawa beliau merupakan
seorang usahawan yang mempunyai etika moral. Hal ini demikian kerana, walaupun
pada masa sekarang, syarikat beliau mempunyai pasaran yang agak luas di pasaran
tempatan dan juga berjaya mengembangkan pasaran ke luar negara, tetapi beliau
tidak mengenakan harga yang tinggi kepada pengguna untuk mengaut keuntungan.
Pada hari ini, dalam pasaran terdapat lebih kurang 28 jenis produk yang
dikeluarkan oleh syarikat beliau termasuklah sos cili, sos tomato, kicap, cuka
dan lain-lain lagi. Harga yang ditetapkan adalah antara RM3 hingga RM5 sahaja.
Hal ini telah menunjukkan bahawa beliau merupakan seorang usahawan yang
beretika moral, beliau telah mengurangkan beban pengguna dengan menetapkan
harga produk syarikat dalam tingkat harga yang mampu diterima oleh semua
lapisan syarikat. Selain itu, beliau juga berusaha dalam menjaminkan kualiti
produk syarikatnya supaya pengguna-pengguna dapat menggunakan produk
syarikatnya dengan lega. Boleh dikatakan bahawa, ciri ini membolehkan beliau
menyakinkan pengguna supaya terus menyokong beliau dan juga produk syarikat
beliau.