2015年4月20日星期一

SADE 1013 Asas Keusahawanan

1.0  Pengenalan
Usahawan-usahawan memainkan peranan yang penting dalam ekonomi sesebuah negara. Keusahawanan adalah tentang mencipta sesuatu yang tidak pernah wujud atau dalam erti kata lain iaitu membuat sesuatu daripada kosong. Mereka memerlukan kecekapan, kreatif dan inovatif untuk membangunkan perniagaan mereka dan juga ekonomi negara. Usahawan perlu mempunyai kualiti peribadi tertentu dan kemahiran keusahawanan untuk memulakan, menguruskan, membangunkan dan mengembangkan perniagaan dan organisasi mereka. Di samping itu, ada banyak faktor yang mungkin memberi kesan kepada pembangunan perniagaan. Antara faktor-faktor yang sedia ada, faktor yang paling penting adalah kemahiran keusahawanan dan kualiti peribadi usahawan. Oleh itu, faktor ini akan dibincangkan dan kajian untuk memastikan kemahiran yang tepat untuk perniagaan yang betul. Berikut-berikut merupakan ciri-ciri yang dimiliki oleh seseorang usahawan.

1.1  Integrity and Reliability (Integriti dan kebolehpercayaan)
Seseorang usahawan yang mempunyai integriti bermakna melakukan perkara yang betul dengan cara yang boleh dipercayai. Ia adalah satu sifat keperibadian yang kita kagumi, kerana ia bermakna seseorang mempunyai kompas moral yang tidak ragu-ragu. Intergriti bermakna konsisten antara tindakan, nilai, kaedah, langkah dan prinsip seseorang. Kebolehpercayaan bermaksud keupayaan seseorang atau sistem untuk melaksanakan dan mengekalkan fungsinya dalam keadaan rutin, serta keadaan bermusuhan atau yang tidak dijangka.
Contohnya, usahawan muda yang kini bergelar jutawan iaitu pengasas D’herbs dengan tanda dagangannya adalah Terlajak Laris iaitu Dato’ Aliff Syukri yang kini produk kosmetiknya terkenal di seluruh pelusuk tanah air. Beliau menghadapi pelbagai cabaran sebelum berjaya namun kesabaran dan kepercayaan terhadap dirinya yang tinggi sehingga beliau berjaya menangani semua risiko. Dengan berbekalkan azam yang kuat, beliau berniaga dengan cara apa sekali pun. Bermula dari menjual kepada kawan-kawan di pejabat. Kemudian, beliau membuka gerai di pasar tani setiap minggu. Kadang-kadang, pada hari sabtu dan ahad, beliau juga akan berniaga di Pasar Tani Seksyen 13, Kelana Jaya & Sri Andalas.
Empat produk utama iaitu Bedak Asas, Produk pelansingan, Minuman Kesihatan Wanita dan Lipstick Rawatan Bibir. Kini, dengan ciri-ciri Integriti dan kebolehpercayaan yang dimiliki oleh Dato’ Aliff Syukri, beliau telah mengorak langkah maju setapak kehadapan dengan menghasilkan hampir 90 rangkaian produk baru dengan seramai 35 orang kakitangan yang membantu melancarkan perjalanan syarikat. Bermula dengan hanya beroperasi di tingkat dua, beliau dan pekerjanya telah berpindah di lot kedai bawah dan telah menyewa dua lot kedai bagi melancarkan urusan perniagaan dan memudahkan semua rakan niaga berurusan. Kini D'Herbs telah menjadi satu jenama yang semakin mendapat tempat di hati pengguna samada di Malaysia, Singapura dan Brunei. kami juga berazam untuk menjadi salah satu jenama kosmetik yang terkenal di Malaysia serta negara-negara jiran. Hal ini telah menunjukkan Dato’ Aliff Syukri yang mempunyai integriti iaitu melakukan perkara yang betul dengan cara yang boleh dipercayai dan mengembangkan produknya ke luar negara.

1.2  Initiative (Inisiatif)
Inisiatif membawa erti daya usaha atau gerak pertama. Di samping itu, inisiatif juga boleh dikaitkan dengan kebolehan untuk melihat apa-apa yang perlu dilakukan dan berusaha pula untuk menjayakannya. Golongan ini sanggup meletakkan diri dengan mencari dan mengambil inisiatif. Mereka dilihat sebagai orang yang bertanggungjawab di dalam sesuatu operasi dengan tidak mengambil kira sama ada berjaya atau gagal. Usahawan adalah seorang yang bertanggungjawab terhadap apa yang akan berlaku. Mereka mengambil inisiatif untuk menyelesaikan masalah di mana tidak ada pemimpin lain yang sanggup mengambilnya.
Contohnya usahawan ialah Tan Sri Lim Goh Tong. Tan Sri Lim Goh Tong dilahirkan pada tahun 1918 di daerah Anxi, wilayah Fujian,China. Lim datang ke Malaysia pada ketika umurnya 19 dengan hanya RM175 dan bekerja sebagai tukang rumah dengan pak ciknya. Lim Goh Tong mempunyai inisiatif terhadap membina Genting Highlands iaitu idea membina sebuah resort puncak bukit mula-mula diilhamkan apabila Lim Goh Tong mengambil makan malam di Cameron Highlands. Seperti yang beliau menikmati angin menenangkan sejuk  di Cameron Highlands, idea pun menumbuknya lalu sebagai taraf hidup meningkat secara berterusan di Malaysia, semakin ramai orang akan melawat pusat peranginan gunung untuk bersantai dan rekreasi, tetapi Cameron Highlands adalah terlalu jauh dari ibu kota Kuala Lumpur. Oleh itu, membina sebuah resort gunung yang dekat ke Kuala Lumpur akan mempunyai potensi perniagaan yang besar.
Jadi beliau telah melancarkan idea ini dengan membina Genting Highland di puncak bukit. Selain itu, Lim Goh Tong juga meningkatkan lagi daya tarikan kemudahan dengan Genting Skyway sistem kereta kabel yang menyediakan pengangkutan 3,38 km ke puncak bukit. Skyway Genting juga diiktiraf sebagai "Mono Dunia Terpantas Kereta Sistem kabel" dengan kelajuan maksimum sebanyak 21.6 km sejam dan "Kereta kabel Terpanjang di Malaysia. Hal ini telah menunjukkan Tan Sri Lim Goh Tong merupakan orang yang pertama mempunyai idea untuk membina Genting Highland di puncak bukit dan beliau  mempunyai ciri inisiatif untuk melancarkan idea ini dengan membina kereta kabel di Genting Highland untuk menarik pelancong-pelancong.

1.3 Versatility (Versatiliti)
Versatiliti menggambarkan mempunyai banyak kemahiran atau kualiti yang berbeza. Serba boleh membolehkan seseorang untuk menyesuaikan diri dengan situasi yang berbeza.
Contoh tokoh ialah Bill Gates. Microsoft telah menyediakan penyelesaian berasaskan IT di seluruh dunia selama lebih 40 tahun hari ini. Apa yang bermula dengan Bill Gates dan Paul Allen sebagai idea penubuhan pengaturcaraan perisian bahasa untuk mikrokomputer, Microsoft. Kini, adalah salah satu daripada berbilion-syarikat terkemuka yang pakar dalam pelbagai teknologi komputer, yang terdiri daripada perisian, sistem operasi, perkakasan dan lain peralatan komputer.
Versatiliti seperti dari segi menyediakan penyelesaian yang telah menjadikan rakan kongsi mereka tidak ternilai dengan Pejabat Dost-ICT dalam membantu penubuhan komunikasi antara menyelamat, dan bantuan pekerja semasa musibah yang melanda Tacloban lepas 2013. Mereka juga membantu dalam memanfaatkan TV White Space (TVWS) teknologi sebagai satu cara untuk menyediakan infrastruktur dengan kos yang cekap iaitu memberikan keupayaan untuk mengakses dan menyambung akses Internet untuk rakyat di Tubigon, Bohol, dan juga membantu dengan pendaftaran dalam talian daripada nelayan di Talibon, Bohol. Perisian mereka sering dinamakan mudah difahami; yang sama juga dengan perkakasan mereka. Hal ini adalah disebabkan oleh reka bentuk plug-and-play mereka di mana sistem operasi dan perkakasan daripada komputer mudah difahami yang membawa kepada pengguna untuk mengalami sambungan segera.
Dalam pejabat Dost-ICT melalui pelbagai projek-projek mereka seperti internet percuma yang tidak lama lagi akan dilancarkan untuk tempat awam dan TVWS Projek, bertujuan untuk memohon serba boleh yang sama apabila ia datang untuk menyediakan cepat, boleh dipercayai, dan sambungan yang tepat pada masanya dan komunikasi antara rakyat, perniagaan, dan badan-badan kerajaan di seluruh negara. Hal ini telah menunjukkan bill gates mempunyai ciri versatiliti iaitu mempunyai banyak kemahiran atau kualiti yang berbeza dan dapat menyesuaikan diri dengan situasi yang berbeza.
  
1.4 Decisive (Ketegasan)
Usahawan yang tegas adalah mempunyai atau menunjukkan keupayaan untuk membuat keputusan dengan cepat dan berkesan. Ketegasan ialah kepercayaan bahawa dirinya boleh mengendalikan kehidupannya dengan baik serta segala cabaran yang dihadapi dengan jaya.
Contoh tokoh ialah Tan Sri SM Nasaruddin SM Amin. Sikap ketegasan beliau dapat dilihat melalui tindak tanduk beliau di dalam menyuarakan pendapat atau idea kepada orang secara langsung dan berani bertindak walaupun terpaksa menghadapi tentangan dari pihak lain. Di mana beliau pernah terlibat dalam kontroversi permit import pada tahun 2005, apabila bergelar "Raja AP". Terdapat dakwaan bahawa beliau dan tiga orang usahawan terpenting yang lain sedang memonopoli penghasilan permit import yang dikeluarkan oleh kerajaan kepada pengusaha bumiputera untuk mengimport kereta. Pihak kerajaan didakwa mengeluarkan berpuluh ribu helai kertas dokumen import kenderaan kepada beliau secara percuma setiap tahun yang dijual dengan harga AS$8,500 setiap satu. Kontroversi ini dihangatkan di Parlimen dan Perhimpunan Agung UMNO. Sifat ketegasan beliau menghadapi kontroversi menyuarakan pendapat telah membawa kata sepakat di mana kabinet Malaysia menghentikan sistem permit import untuk mengusahakan suatu dasar automobil baru.

1.5 Time Competence (Kemahiran masa)
Contoh usahawan yang memiliki ciri kemahiran masa adalah Datuk Jimmy Choo. Datuk Jimmy Choo adalah satu nama yang tidak asing lagi di seluruh dunia Nama Jimmy Choo adalah sinonim dengan rekaan produk beliau yang eksklusif dan bergaya. Beliau lebih dikenali oleh orang ramai disebabkan oleh kecemerlangan dan kejayaan beliau dalam menjalankan perniagaannya iaitu perniagaan kasut.
Beliau bukan sahaja seorang pereka kasut tetapi juga seorang tukang membuat kasut yang mahir dan pakar dalam menghasilkan hasil seninya. Beliau mempunyai ciri time competence. Hal ini demikian kerana beliau telah menggunakan masanya dengan cekap bagi memajukan perniagaanya. Contohnya pada tahun 1986, Jimmy Choo memulai kariernya sebagai pembuat sepatu dengan menyewa sebuah rumah usang yang sudah tidak terpakai kerana keunikan rekaannya, beliau memanfaatkan keseluruhan masa yang diperolehi dengan merebut peluang yang sedia ada, walaupun pada mula perniagaannya prestasi syarikatnya masih tidak dapat mengembangkan.
Bersama-sama, Choo dan Mellon cepat berkembang perniagaan, mengekalkan tumpuan kepada mewujudkan kasut mewah, tetapi tidak lagi bergantung pada ideanya bahawa setiap pasangan tunggal terpaksa dibuat oleh Choo dirinya. Mereka membuat kontrak dengan kilang-kilang Itali dan membuka kedai butik pertama di London. Menjelang akhir 1990-an, Choo mempunyai kedai di Los Angeles dan New York dan barisan memuja selebriti Hollywood yang termasuk Julia Roberts dan Renee Zellweger. Menjelang awal abad ini, nama Choo yang merupakan jenama global, dengan pelanggan mewah runcit yang termasuk Harrods dan Saks Fifth Avenue menjalankan Choo kasut. Jenama Choo juga telah diperluas untuk beg tangan dan aksesori lain. Jimmy Choo telah menyatakan pendapatan dan keuntungan adalah tidak mencukupi dalam perniagaan. Untuk menjadikan seorang usahawan yang berjaya dan kaya adalah untuk mewujudkan satu jenama yang terkenal di seluruh dunia. Jadi, Jimmy Choo telah menggunakan masa dengan cekap untuk menjadikan jenama Choo terkenal di seluruh dunia pada zaman ini.

1.6 Perceptiveness
Perceptiveness bermaksud "untuk melihat peluang-peluang." Perseptif adalah perkataan untuk menggambarkan seseorang yang pandai melihat dan merebut peluang-peluang.
Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary merupakan seorang ahli perniagaan dan jutawan Melayu yang terkaya. Beliau ialah Pengerusi Yayasan Albukhary. Pada tahun 2008, beliau diumumkan sebagai tokoh maal hijrah sambutan Maal Hijrah 1429H peringkat kebangsaan di pusat konvensyen antarabangsa (PICC). Beliau ialah seorang yang suka berahsia serta pernah dipilih sebagai Tokoh Melayu Terbilang 2009. Banyak yang diperkatakan mengenai seorang tycoon bumiputera terkenal di Malaysia iaitu Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari. Seiring dengan ciri perceptiveness,Tan sri Syed Mokhtar al bukhary dilabelkan mempunyai ciri ini kerana dia melihat sesuatu lebih kehadapan berbanding orang lain. Dalam pelbagai bidang perniagaan termasuk pengangkutan dan logistik, perladangan, pembangunan hartanah, pertahanan dan gudang senjata serta generasi kejuruteraan dan kuasa, beliau adalah seorang tokoh simbolik yang memegang falsafah bahawa ‘pendidikan tidak menjamin kejayaan dalam hidup, tetapi kerja keras’.
Di samping itu, beliau mempunyai kepentingan dalam beberapa buah firma terkenal Malaysia seperti Malaysia Mining Corporation Berhad (MMC), PERNAS, Padi beras Nasional Berhad, Malakoff Berhad, Johor Port Berhad, Impian Teladan Sdn. Bhd, Indra Cita Sdn. Bhd. dan banyak lagi. MMC telah bergabung dengan Gamuda Berhad dan berjaya mendapatkan projek landasan keretapi berkembar bernilai RM14.5 billion sebelum ianya dibekukan oleh kerajaan kerana faktor pemulihan ekonomi. Hal ini telah menunjukkan beliau dapat melihat peluang serta merebut peluang-peluang yang sedia ada sebelum projek tersebut dibekukan oleh kerajaan. Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari juga dikatakan telah membeli kepentingan majoriti dalam Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor. 
 Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari merupakan seorang yang tidak pernah mengenal erti kegagalan dan beliau sentiasa belajar dari apa juga kesilapan yang dilakukan. Beliau juga merupakan seorang yang berhati-hati dan menilai peluang-peluang dalam perniagaan terutamanya soal pembelian dan pengambilalihan kepentingan dalam sesebuah syarikat dan projek. Beliau seolah-olah memikirkan kepentingan orang ramai terutamanya bumiputera sebelum membuat apa-apa keputusan penting dalam perniagaan. Beliau memiliki peribadi unggul yang wajar dicontohi semua pihak.

1.7 Ability to Learn from Mistakes (Keupayaan untuk belajar dari kesilapan)
Tan Sri Anthony Francis Fernandes juga dikenali sebagai Tony Fernandes ialah seorang usahawan dari Malaysia. Beliau merupakan pengasas "Tune Air Sdn Bhd", yang memperkenalkan penerbangan tambang murah kepada penduduk Malaysia dengan slogannya, "Semua mampu naik kapal terbang".
Apa yang amat menarik tentang biografi Dato’ Tony ialah penglibatan beliau sebagai penggerak utama dalam penubuhan dan operasi AirAsia, syarikat penerbangan tambang murah yang paling berjaya di Asia. Bermula dengan dua buah kapal terbang Boeing 737  yang  usang tatkala masih dimiliki kerajaan, kini kumpulan  Air Asia yang diterajui Tony Fernandes sejak tahun 2001  telah maju dari setapak ke setapak sehingga kini memiliki 62 buah kapal terbang dalam perkhidmatan dan 277 buah lagi dalam pesanan. Setelah kesemua kapal terbang ini beroperasi nanti, ini mungkin menjadikan kumpulan penerbangan Air Asia sebagai kumpulan penerbangan tambang murah yang terbesar di dunia.
Pada tahun 2011,  AirAsia telah menerbangkan sejumlah 30 juta penumpang dari pelbagai negara, Jika dilihat dari segi usahawan yang mempunyai ciri-ciri keupayaan untuk belajar dari kesilapan, haruslah merujuk kepada kemalangan kapal terbang AirAsia(QZ8501/AWQ8501) yang berlaku pada bulan Disember 2014. Setelah kemalangan tersebut berlaku, Tony dan ahli-ahli syarikatnya dengan segeranya menjalankan siasatan dan mengadakan mesyuarat untuk menyiasat punca kemalangan dan membincangkan tindakan-tindakan yang boleh dijalankan. Selepas berbincang dengan ahli-ahli syarikat, Tony mengadakan persidangan wartawan untuk menjelaskan punca kemalangan dan tindakan yang akan diadakan oleh AirAsia untuk mengelakkan kemalangan yang sama berlaku. Dengan menyerap pengajaran daripada kemalangan kapal terbang tersebut, AirAsia tidak mengulangi kesalahan yang sama. Oleh itu, Tony telah menunjukkan nilai keupayaan belajar dari kesilapan.


1.8 Ethical Consciousness (Kesedaran etika)
Kesedaran etika bermaksud usahawan beretika moral dan menjaga kebajikan. Selain mengutamakan keuntungan juga mengutamakan tanggungjawab sosial. Kebanyakkan perniaga mengutamakan keuntungan dan mengabaikan kesedaran etika. Hal ini telah menyebabkan berlakunya pelbagai jenis pencemaran alam sekitar seperti pencemaran air, .pencemaran udara dan lain-lain lagi. Selain itu, usahawan yang tidak beretika moral akan menjejaskan kebajikan pengguna iaitu dengan mengeluarkan atau menjual barangan yang tidak berkualiti kepada pengguna. Oleh itu, kesedaran etika adalah sangat penting kepada seseorang usahawan.
Contoh usahawan yang memiliki ciri kesedaran etika ialah Warren Edward Buffett ialah seorang pelabur, ahli perniagaan  dan dermawan berbangsa Amerika Syarikat. Beliau merupakan seorang pelabur yang berjaya. Selain itu, beliau ialah pemegang saham terbesar dalam syarikat Berkshire Hathaway. Dengan diberi gelaran "Dewata Omaha" (Oracle of Omaha) atau "Pendeta Omaha" (Sage of Omaha), Buffett terkenal kerana berpegang teguh pada falsafah pelaburan nilai dan sikap berjimat cermat walaupun kaya-raya. Pada tahun 2007, nama beliau dimasukkan dalam senarai 100 Tokoh Paling Berpengaruh di Dunia oleh majalah TIME. Walaupun beliau telah mendapat keuntungan yang lumayan daripada pelaburan dan perniagaannya tetapi beliau masih tidak mengabaikan tanggungjawab sosialnya sebagai seorang usahawan. Hal ini demikian kerana, beliau telah mendermakan kira-kira 85% kekayaannya untuk menjalankan kegiatan  kebajikan masyarakat. Contohnya, pada bulan Jun 2006, Buffett membuat pengumuman bahawa dia akan memberikan seluruh kekayaannya diri untuk amal, melakukan 85 peratus daripada jumlah itu kepada Bill dan Melinda Gates Foundation. Sumbangan ini menjadi perbuatan yang terbesar pemberian amal dalam sejarah Amerika Syarikat. Perlakuan ini patut dicontohi oleh usahawan-usahawan lain dengan menjalankan tanggungjawab sosial sebagai seorang usahawan. Oleh itu, dikatakan bahawa Warren mempunyai nilai kesedaran etika.
1.9 Foresight (Berpandangan jauh)
Berpandangan jauh bermaksud usahawan tertentu mempunyai kebolehan untuk melihat lebih jauh dan bertindak lebih cepat daripada orang lain ataupun dapat menjangka keadaan syarikat atau pasaran pada masa hadapan dengan tepat. Berpandangan jauh adalah perkara utama yang perlu ada pada setiap usahawan untuk memperolehi kelebihan persaingan di dalam pelaburan mereka.
 Sebagai contoh, Tony Fernandes merupakan usahawan yang pandai dalam berpandangan jauh kerana beliau mencipta suatu pakej penerbangan yang mampu dinaiki oleh semua orang iaitu penerbangan tambang murah. Mungkin orang lain tidak terfikir hal ini, namun dengan berpandangan jauh dan pemerhatian beliau menjadikan beliau berjaya sehingga kini. Ciri berpandangan jauh ini merupakan aspek yang penting bagi seseorang usahawan untuk memastikan sesebuah organisasi itu berjaya atau tidak. Misalnya, Masa hadapan sesuatu perniagaan bergantung kepada keupayaan mereka untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang baru. Sesebuah organisasi tidak boleh menunggu permintaan daripada pengguna organisasi dan organisasi tersebut haruslah boleh mengeluarkan sesuatu yang unik untuk para pelanggannya. Contohnya, Tony Fernandes juga melabur di Tune Hotel, hal ini kerana disebabkan kebanyakkan orang dapat menaik kapal terbang AirAsia maka ini bermakna terdapat ramai orang dapat melancong di luar negara ataupun di dalam negara. Jadi, pelancong-pelancong perlu mencari tempat penginapan semasa berlancong. Oleh itu, Syarikat AirAsia telah membuat suatu  pakej iaitu tiket penerbangan bersama dengan tempat penginapan iaitu tune hotel dengan harga promosi. Hal ini telah menunjukkan, beliau mempunyai ciri berpandangan yang jauh untuk mengambil peluang membuat pakej ini dan mendapat keuntungan yang lebih banyak.



2.0 Kesimpulan
Secara kesimpulannya, semua orang mempunyai hak untuk berjaya dan mereka wajar diberi peluang untuk mencuba nasib kerana semua manusia itu mempunyai cita-cita. Mereka boleh menjadikan mana-mana tokoh sebagai inspirasi untuk berjaya. Usaha keras akan membuahkan hasil dalam setiap pekerjaan yang hendak dilakukan. Sesungguhnya setiap cita-cita dan impian menagih sepenuh perhatian dan pengorbanan yang paling tinggi. Selain itu ,terdapat banyak faktor-faktor yang mendorong individu menjadi usahawan. Usahawan menpunyai ciri-ciri istimewa yang membezakan usahawan dengan individu yang bukan usahawan.Di samping itu, terdapat mitos dan persepsi di kalangan masyarakat kerana kurang kefahaman tentang bidang keusahawanan tetapi kini masyarakat mula sedar kepentingan keusahawanan .

3.0 Biodata Tuan Haji Mohd Tamin
                            
Tuan Haji Mohd Tamin adalah pengasas kicap tamin. Cerita mengenai kicap Tamin adalah bermula pada tahun 1951. Pada tahun 1951, Tuan Haji Mohd Tamin berjaya menemui ramuan untuk menghasilkan kicap Tamin. Ramuannya adalah termasuk seperti kacang soya, gandum, tepung dan sebagainya. Pada masa tersebut, dengan modal yang hanya RM10 serta bantuan ahli keluarganya, beliau telah berjaya menghasilkan sebanyak 700 botol kicap Tamin sehari secara kecil-kecilan di Batu Gajah, Perak. Walaupun dengan kapasiti pengeluaran yang kecil tetapi kualiti, kebersihan serta rasa sos yang tidak diabaikan.
            Selepas setahun, kicap Tamin yang dihasilkan oleh Tuan Haji Mohd Tamin telah merekodkan permintaan yang banyak berbanding dengan jangkaan. Kicap Tamin ini telah bermula dikenali di kalangan suri rumah tangga dan komuniti sekitar kampung. Selain itu, golongan muda dari kampung yang berpindah ke kawasan bandar membawa bersama kicap Tamin dan secara tidak langsung, perkara ini telah menunjukkan golongan muda telah memperkenalkan kicap yang enak dan menyelerakan ini kepada penduduk yang bertinggal di bandar. Selepas itu, disebabkan permintaan  kicap Tamin yang semakin meningkat, jadi untuk memenuhi permintaan produknya, beliau telah mengambil langkah untuk meningkatkan pengeluarannya sebanyak 3500 botol per hari. Peningkatan kehendak dan kepopularan kicap Tamin telah mendorong beliau untuk mengembangkan perniagaannya dengan mendirikan sebuah kilang baru di Enggor, tidak jauh dari Bandar Diraja negeri Perak iaitu kuala kangsar. Hari ini, kicap Tamin telah dijual di seluruh Semenanjung Malaysia.
            Kini, jenama Tamin telah dikenali ramai dengan kicap dan sos yang bermutu tinggi. Reputasi ini telah dibina oleh beliau pada masa ini. Syarikat-syarikat beliau telah melaksanakan pendekatan yang lebih agresif untuk aktiviti pengiklanan dan promosi. Selain itu, beliau juga telah menetapkan sasarannya untuk memperkenalkan lebih banyak produk baru untuk menguasai bahagian pasaran yang lebih besar. Beliau juga membekalkan sos soya mentah kepada syarikat-syarikat untuk diproses dan dipasarkan di bawah jenama masing-masing. Walaupun pengeluarannya semakin bertambah tetapi rasa sos juga tetap sama dengan asli kicap Tamin pada tahun 1951.

3.1 Ciri-ciri Keusahawanan yang dimiliki oleh Tuan Haji Mohd Tamin
3.1.1 Decisive (Tegas)
Ciri-ciri yang dimiliki oleh Tuan Haji Mohd Tamin adalah seorang yang decisive. Decisive bermaksud orang yang membuat pilihan dengan cepat dan berkeyakinan. Sebagai contoh, pada awalnya, dengan modal yang sebanyak RM10, beliau telah membuat keputusan untuk menghasilkan sebanyak 700 botol kicap Tamin sehari secara kecil-kecilan di Batu Gajah, Perak dengan bantuan ahli-ahli keluarganya. Akhirnya, beliau berjaya dapat menghasilkan sebanyak 700 botol kicap Tamin sehari secara kecil-kecilan di Batu Gajah, Perak. Hal ini telah menunjukkan Tuan Haji Mohd Tamin adalah seorang yang decisive. Hal ini kerana, beliau telah membuat keputusan dengan secepat mungkin untuk menghasilkan 700 botol kicap Tamin dengan meminta bantuan ahli-ahli keluarganya.
Selain itu, disebabkan permintaan kicap Tamin semakin meningkat, beliau telah membuat keputusan untuk membuka sebuah kilang untuk memproseskan pengeluaran kicap Tamin. Dengan pembukaan kilang tersebut, pengeluaran kicap Tamin telah meningkat daripada 9000 botol  kepada 80,000 botol sehari. Di samping itu, beliau telah mengupah banyak pekerja untuk meningkatkan pemprosesan pengeluaran kicap Tamin. Jadi, pada masa kini, syarikat beliau telah dikenali oleh orang ramai dan prestasi syarikat semakin meningkat. Secara ringkasnya, dengan ciri decisive yang dimiliki oleh Tuan Haji Mohd Tamin telah menjadikan beliau sebagai seorang usahawan yang amat berjaya sehingga hari ini.

3.1.2 Perceptiveness
Ciri yang seterusnya dimiliki oleh Tuan Haji Mohd Tamin ialah Perceptiveness. Pada tahun 1951, beliau berjaya menemui ramuan untuk menghasilkan kicap Tamin. Ramuannya adalah termasuk seperti kacang soya, gandum, tepung dan sebagainya. Hal ini telah menunjukkan Tuan Haji Mohd Tamin adalah seorang yang Perceptiveness. Dengan kegunaan ramuan seperti kacang soya, gandum, tepung dan sebagainya, beliau telah dapat menghasilkan kicap Tamin yang berjenama sehingga zaman kini dan menjualnya secara besar-besaran.
Di samping itu, pada tahun 1952, permintaan terhadap Kicap Tamin melebihi jangkaan. Beliau telah meningkatkan pengeluaran sebanyak 700 botol sehari. Bukan itu sahaja, beliau juga bermula untuk merancang membuka sebuah kilang untuk meningkatkan pengeluaran produknya lagi serta mengupah lebih banyak pekerja untuk meningkatkan produktivitinya. Semakin banyak pekerja diambil untuk meningkatkan pengeluaran sehingga 9,000 botol sehari. Dengan peningkatan pengeluaran produknya, nama Tamin telah dikenali oleh orang ramai dengan sos dan kicap yang bermutu tinggi. Reputasi ini dibina selama kini oleh Tuan Haji Mohd Tamin. Dengan ciri perceptiveness yang dimiliki oleh beliau, Usaha beliau diteruskan oleh keluarganya di kedua-dua kilang yang menggunakan teknologi semasa dan mesin-mesin moden di Perak Darul Ridzuan. 

3.1.3 Integrity and reliability (Integriti dan kebolehpercayaan)
Ciri yang seterusnya dimiliki oleh Tuan Haji Mohd Tamin ialah Integrity and reliability. Hal ini demikian kerana Tuan Haji Mohd Tamin amat mementingkan kualiti produk yang dikeluarkan oleh syarikatnya. Walaupun pada masa sekarang, syarikat beliau telah mempelbagaikan produk yang dikeluarkan dan juga menggunakan mesin yang berteknologi untuk mengeluarkan produk. Tetapi beliau sentiasa memastikan bahawa rasa Kicap Tamin yang dikeluarkan adalah sama dengan yang dirasa pada tahun 1951. Oleh itu, produk yang dikeluarkan oleh syarikat beliau amat dipercayai oleh pengguna. Hal ini dapat dibukti kepada kami dan didapati bahawa produk beliau mendapat tempat di hati suri rumah tangga dan warga kampung sekitar. Kesetiaan pengguna kepada produk beliau juga dapat dilihat melalui sehingga hari ini, ada lagi anak-anak muda yang bekerja di Kuala Lumpur tetap akan membawa Kicap Tamin sebagai bekal apabila pulang dari kampung di sekitar Perak. Disebabkan ciri integrity and reliability, pasaran Kicap Tamin dapat dikembangkan ke luar negara. Oleh itu, ciri ini bukan sahaja membolehkan beliau mendapat kesetiaan pengguna terhadap produk beliau dan juga membolehkan beliau mengembangkan pasaran produknya.

3.1.4 Initiative (Inisiatif)
Ciri yang keempat yang dimiliki oleh Tuan Haji Mohd Tamin ialah ciri Initiative. Ciri ini bermaksud beliau merupakan seorang yang inisiatif, tidak bergantung kepada nasib ataupun orang lain, sentiasa bertindak cepat selepas membuat keputusan. Hal ini dapat dilihat melalui tindakan yang beliau lakukan dari awal hingga sekarang. Pada tahun 1951, beliau membuat keputusan hanya mengeluarkan 700 botal kicap sehari. Selepas itu, dengan adanya ciri Initiative, beliau mengembangkan perniagaannya dengan aktif. Keputusannya, selepas satu tahun permintaan terhadap Kicap Tamin telah meningkat di luar jangkaan. Selepas pasaran tempatan telah mencapai kestabilan, beliau membuat keputusan untuk mengembangkan pasaran ke luar negara. Oleh sebab beliau mempunyai ciri inisiatif ini, walaupun tidak mempunyai dorongan orang lain, beliau masih mampu berjaya mengembangkan perniagaannya ke luar negara seperti Jepun, United Kingdom, Arab dan Indonesia. Selain itu, syarikat beliau juga menpelbagaikan jenis produk yang dikeluarkan dengan inisiatif untuk menarik lebih banyak pengguna. Oleh itu, ciri Initiative telah membolehkan beliau mengembangkan perniagaannya.

3.1.5 Ethical Consciousness (Kesedaran etika)
Ciri yang seterusnya dimiliki oleh Tuan Haji Mohd Tamin ialah Ethical Consciousness. Ciri ini bermaksud bahawa beliau merupakan seorang usahawan yang mempunyai etika moral. Hal ini demikian kerana, walaupun pada masa sekarang, syarikat beliau mempunyai pasaran yang agak luas di pasaran tempatan dan juga berjaya mengembangkan pasaran ke luar negara, tetapi beliau tidak mengenakan harga yang tinggi kepada pengguna untuk mengaut keuntungan. Pada hari ini, dalam pasaran terdapat lebih kurang 28 jenis produk yang dikeluarkan oleh syarikat beliau termasuklah sos cili, sos tomato, kicap, cuka dan lain-lain lagi. Harga yang ditetapkan adalah antara RM3 hingga RM5 sahaja. Hal ini telah menunjukkan bahawa beliau merupakan seorang usahawan yang beretika moral, beliau telah mengurangkan beban pengguna dengan menetapkan harga produk syarikat dalam tingkat harga yang mampu diterima oleh semua lapisan syarikat. Selain itu, beliau juga berusaha dalam menjaminkan kualiti produk syarikatnya supaya pengguna-pengguna dapat menggunakan produk syarikatnya dengan lega. Boleh dikatakan bahawa, ciri ini membolehkan beliau menyakinkan pengguna supaya terus menyokong beliau dan juga produk syarikat beliau.













1 条评论:

  1. Ciri-ciri yang dibincangkan di atas adalah sebahagian ciri-ciri yang menjadikan seseorang usahawan yang berjaya tetapi masih mempunyai ciri yang lain dapat menjadikan seorang usahawan yang berjaya seperti kreativiti dan inovasi.

    回复删除